Sunday 11 September 2011

Tarian Zapin




"Tarian Zapin, tarian tradisional warisan melayu kita"


Tarian Zapin merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan diketahui berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di tanah nusantara iaitu di tanah semanjung melayu, kepulauan Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia,BruneiSingapura dan Indonesia. Ini telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Dengan itu tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan, antaranya adalah:-


Jenis-jenis Tarian Zapin:
Tarian Zapin Arab
Tarian Zapin Johor
Tarian Zapin lenga
Tarian Zapin Pekan
Tarian Zapin Tenglu










Tarian Zapin ini sangat terkenal di Johor kerana ianya merupakan Salah satu bentuk tarian pergaulan masyarakat Melayu yang masih utuh dan popular dewasa ini ialah tari zapin. Dari perspektif sejarah
perkembangannya tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar senitari di Malaysia ini telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Namun
demikian banyak antara genre zapin tradisional ini tersebar hanya ke daerah-daerah tertentu sahaja dan salah satu daripada genre zapin tradisional yang dinamik dan anggun dikatakan masih terdapat di
negeri Johor, dan di sebabkan itu Tarian Zapin ini dinamakan Tarian Zapin Johor.

Di Johor zapin yang dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab memperlihatkan perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Pada realiti kedua-duanya genre zapin itu berasal
dari satu keseniaan masyarakat Arab yang di bawa Hadramaut.

Keunikan tradisi Zapin Melayu terletak bukan sahaja pada kesatuan muzik dan peralatannya yang dipengaruhi oleh keseniaan Arab bahkan juga pada sifat segretasi penari dan penonton. Dalam konteks inilah keunikan tarian zapin begitu terserlah terutamanya pada ciri penghubungannya dengan keseniaan Islam yang dibawa oleh orang-orang Arab. Di Johor Tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang
berunsur Islam yang berfungsi sebagai hiburan sama ada pada acara- acara sekular mahupun acara sambutan hari-hari kebesaran. Namun dari segi kelembutan dan kehalusan tradisi tarian itu sendiri, Zapin
Melayu Johor walaupun ianya lahir dari adaptasi yang dilakukan ke atas Zapin Arab secara selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin ini memperlihatkan lebih kehalusan dan keayuan geraknya
dari Tarian Zapin Arab.

Alat Muzik Tarian Zapin:
Alat muzik utama yang digunakan bagi mengiringi tarian zapin ialah gambusrebana, gendang dan marakas.Petikan gambus untuk membawakan lagu,sementara rentak gendang atau rebana menentukan rentak dan pecahan tari.Antara lagu zapin ialah gambus jodoh,gambus naha,ya saidi,sekapur sirih dan lain-lain.

Rujukan:

No comments:

Post a Comment